Dasar Privasi
Berkuat kuasa 08/10/2026 · SmartVMS oleh DNA Expert Solution
Maklumat yang kami kumpul
- Akaun Google: nama, alamat emel dan ID akaun Google apabila anda log masuk. Kami tidak menerima kata laluan Google anda.
- Maklumat perniagaan: nama perniagaan dan nombor telefon yang anda isi semasa mendaftar.
- Data operasi: rekod yang anda dan staf anda masukkan ke dalam sistem (contohnya giliran, pelawat, pelanggan atau transaksi).
- Pembayaran: diproses oleh ToyyibPay. Kami menyimpan rujukan bil, jumlah dan status sahaja - bukan butiran bank atau kad anda.
- Peranti APK: ID peranti rawak, model peranti dan versi aplikasi untuk tujuan lesen.
Pengasingan data
Setiap perniagaan mempunyai pangkalan data sendiri yang berasingan. Data anda tidak dikongsi atau dipaparkan kepada pelanggan lain. Dalam versi APK, data operasi disimpan di dalam peranti anda sahaja.
Penggunaan
Maklumat digunakan untuk menyediakan perkhidmatan, mengurus langganan dan menghubungi anda tentang akaun. Kami tidak menjual data anda.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan atau pemadaman data akaun anda dengan menghubungi kami di [email protected].